SELAMAT DATANG

Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.

RAKAN KARYA

TAMING SARI ART PRODUCTION
INGIN MENCARI RAKAN KARYA
BAGI BERKONGSI IDEA
DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.
PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN
SESIAPA SAHAJA
UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA
BAGI MENJANA IDEA KREATIF
KE ARAH PERSEMBAHAN
YANG MANTAP DAN BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI
017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Jumaat, September 26

PEMENTASAN SEPANJANG OKTOBER 2008

TARIKH: 14 & 15 Oktober 2008
TEATER: Mak Yong Raja Tangkai Hati
ARAHAN: Engku Normalareesa Engku Malek & Lena Farida Hussain Chin
ANJURAN: Jabatan Teater, Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris
TEMPAT: Panggung Budaya Fakulti Seni dan Muzik UPSI
MASA: 8.30 malamTIKET: RM5 & RM3



TARIKH: 17 - 19 Oktober 2008
TEATER: Bangsawan Nujum Pak Belalang
ARAHAN: Khusiary Mahayuddin
ANJURAN: Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (RESAM), KeKKWA & DBKL.
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA
Hubungi http://www.resam.blogspot.com/


TARIKH: 24 - 26 Oktober 2008
TEATER: The Birds (komedi Greek dalam bahasa Malaysia)
KARYA: Aristophanes
ARAHAN: Roselina Khir
ANJURAN: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
TEMPAT: Auditorium Muzium Negara Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam (24 & 25) / 2.00 petang (26 hb)
MASUK ADALAH PERCUMA

Isnin, September 15

NOTA DARI SEORANG PENGARAH

Jujur dalam lakonan
oleh : Namron

Setiap pelakon harus percaya dengan apa yang dilakukan adalah benar. Pelakon yang baik akan berjaya membuat penonton percaya dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya. Pelakon tidak harus terlalu mencuba untuk menyakinkan penonton dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya kerana dengan ini ia sudah tidak jujur dengan dirinya sendiri. Pelakon yang gagal berlaku jujur dengan dirinya akan membuatkan penonton rasa tertipu. Bagaimana untuk mendapatkan rasa jujur agar segala perbuatannya kelihatan benar? Pelakon harus percaya dengan dirinya sendiri. Untuk percaya dengan diri sendiri sebenarnya adalah satu pekara yang sukar untuk dilakukan.Sebahagian besar pelakon akan cuba membesar-besarkan gerakannya untuk menyakinkan penonton bahawa dia benar-benar dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh seorang pelakon itu akan berlegar-legar untuk menunjukan yang dia sedang susah hati atau gelisah atau mengerakkan tangannya ke atas dan ke bawah untuk menunjukan dia sedang marah. Tidak salah untuk melakukan perbuatan tersebut tapi apakah perbuatan itu adalah benar dan jujur datang dari dirinya atau sekadar untuk menunjukkan kepada penonton bahawa dia dalam situasi itu. Ada bezanya perbuatan untuk menunjuk dengan perbuatan yang jujur. Perbuatan menunjuk adalah satu penipuan. Seorang yang marah atau sedih tidak akan cuba menunjukan perasaannya kepada orang lain. Sebagai contoh jika saya dalam keadaan marah, saya tiada masa untuk memikirkan untuk menunjukan rasa marah saya pada orang lain. Rasa marah saya datang dari keadaan/sebab yang membuatkan saya marah. Kenapa saya marah? Saya marah kerana saya ditipu dan orang yang menipu saya adalah sahabat yang saya begitu mempercayainya. Saya pernah membantunya ketika dia susah, saya sudah menganggap dia seperti saudara saya dan sekarang dia telah menipu saya. Bila saya ingatkan semula apa yang saya dah buat pada dia dan apa yang dia buat pada saya saya jadi marah. Perasaan marah itu datang kerana saya memikirkan tentangnya bukan kerana saya cuba menunjukan rasa marah saya supaya saya kelihatan marah. Rasa marah itu adalah benar dan jujur. Perbuatan mengerak-gerakkan tangan ke atas dan ke bawah tanpa ada pemikiran dari sebab-sebab yang menyebabkan tangan-tangan itu bergerak bermakna pelakon itu cuba menunjukan rasa marahnya dan bukan benar-benar jujur dengan perasaannya itu.

SELAMAT BERPUASA