SELAMAT DATANG

Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.

RAKAN KARYA

TAMING SARI ART PRODUCTION
INGIN MENCARI RAKAN KARYA
BAGI BERKONGSI IDEA
DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.
PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN
SESIAPA SAHAJA
UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA
BAGI MENJANA IDEA KREATIF
KE ARAH PERSEMBAHAN
YANG MANTAP DAN BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI
017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Selasa, Disember 15

NATRAH PERLEKEH BANGSA MELAYU ,AGAMA ISLAM

Artikel ini dipetik dari ruangan sastera Surat Khabar Berita Harian 16 Disember 2009..

TEATER Natrah selamat melabuhkan tirai persembahan di pentas Istana Budaya, pada
13 Disember lalu selepas dua minggu dipersembahkan kepada umum dan lebih 18,000 tiket dijual bagi keseluruhan pementasan dengan setiap hari habis ditempah lebih awal. Di sebalik kejayaan dan sambutan hangat, ada kegagalan yang ditonjolkan pengarahnya, Erma Fatimah, ketika mengadaptasi Natrah biografi Natrah (1937-2009) Nadra @ Hurbedina Maria Hertogh @ Bertha - Cinta - Rusuhan - Air Mata setebal 474 karya Datin Fatini Yaacob.

Ketua Pegawai Penerbitan UTM Press, Khalid Mazlan, berasa penonton perlu adil dengan apa yang dipersembahkan Erma kerana tempoh masa teater berkenaan hanya dua jam saja, malah ia turut diselang-selikan dengan beberapa lagu yang membuatkan pengolahan naskhah menjadi terhad. “Mungkin inilah tuntutan penting dalam perjalanan teater yang menjadi pertimbangan serius Erma. Saya menonton pada hari kedua ia dipentaskan dan melihat dengan jelas beberapa kekurangan dalam garapan Erma. Ketika itu saya berharap akan ada penambahbaikan bagi pementasan hari berikutnya bagi tujuan pemberian fakta yang tepat kepada penonton. “Bagaimanapun harapan ini tidak berlaku dan dalam pementasan Erma lebih banyak menonjolkan Natrah ketika di Singapura pada usia belasan tahun. Pada saya, lebih baik pengarah hebat dan berpengalaman seperti beliau menggarap naskhah itu sehingga Natrah berusia 70 tahun,” jelasnya ketika dihubungi Sastera, baru-baru ini. Malah, pendekatan yang dicadangkan itu dilihat lebih bersesuaian dengan segmen monolog Natrah pada permulaan dan penutup pementasan selain menepati judul biografi Natrah: Cinta, Perjuangan, Air Mata serta memungkinkan ia dikupas secara bernas, konkrit dan tepat. Khalid yang juga editor biografi terbabit berpendapat Erma juga perlu menyingkap kisah cinta, pegangan agama dan penderitaan panjang Natrah sepanjang berada di Belanda dan Amerika Syarikat kerana hayat wanita itu selama enam dekad dilaluinya di Belanda serta Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan, Erma turut perlu menggambarkan secara jelas bahawa ibu kandung Natrah, Adeline sebenarnya tidak berniat mengambil wanita itu daripada jagaan Che Aminah, sebaliknya perjuangannya mendapatkan Natrah didorong oleh masyarakat di Bergen of Zoom yang didalangi Jawatankuasa Bertha Hertogh dan kerajaan Belanda. “Itu kenyataan yang perlu ditonjolkan Erma kerana Adeline sebenarnya dipaksa oleh kerajaan Belanda yang kalah di tangan Indonesia untuk merebut Natrah kembali kerana gadis itu dianggap sebagai penebus maruah kekalahan mereka. Secara tidak langsung Erma sebenarnya gagal mengundang air mata dalam maksud penderitaan wanita malang itu,” jelasnya.

Bekas Pensyarah Tamadun Islam dan Asia Universiti Sains Malaysia (USM), Datin Fatimah Ali, pula mengkritik tindakan Erma menonjolkan gereja [pada pementasan teater terbabit kerana hakikatnya Natrah tidak menganut ajaran Kristian sehingga akhir usianya pada 9 Julai lalu. “Lebih indah jika latar gereja itu digantikan dengan suasana negara kincir angin itu sekali gus menggambarkan kemuncak penderitaan Natrah, selepas dia berjaya direbut daripada Che Aminah dan suaminya, Mansor Adabi, sehingga terpaksa pula dibebani dengan kesusahan keluarga kandungnya. Erma dalam satu kenyataan yang saya baca menjelaskan bahawa dia menyerahkan kepada penonton untuk merumuskan persembahan teater itu, walhal garapan naskhah tidak lengkap dan terlalu sedikit membantu sehingga rusuhan tenggelam dan bagaimana penonton mahu membuat rumusan daripada persembahan yang tidak sempurna,” jelasnya. Secara tidak langsung, Erma melalui plot penceritaannya cuba menonjolkan bahawa masyarakat Melayu tidak tahu menonjolkan erti kemarahan sebenar, sedangkan itu salah kerana rusuhan yang tercetus jelas menunjukkan orang Melayu marahnya berstruktur dan hanya bertindak apabila maruah bangsa dan agama Islam diperlekehkan.

Pgurus Besar, Noraini Marketing Sdn Bhd, Mazidah Abd Razak yang berkesempatan menonton teater berkenaan hampir setiap hari melahirkan rasa kesal kerana selaku pengarah berbakat, Erma dilihat kurang mempersembahkan roh Islam dalam naskhah berkenaan. “Sebagai seseorang yang mengikuti kisah Natrah sejak kecil lagi, saya dapati ada kekurangan dalam teater ini. Banyak plot cuba menggambarkan penderitaan Adeline, sedangkan jiiwa yang lebih menderita ialah Natrah, Mansor dan Che Aminah sehingga menjadi peristiwa bersejarah kepada orang Melayu dan Islam di Nusantara,” ujarnya.

Jumaat, Disember 11

CUCI MEMANG HEBAT

Tulisan Oleh : HAMIZI INDIN
Gambar Oleh : AIN MUSA

APABILA Hans Isaac mengumumkan filem sulung arahannya, Cuci akan diangkat ke pentas teater, penulis berfikiran sedikit skeptikal.Pelbagai persoalan mula berlegar di minda dan penulis mula bertanya sendiri adakah Hans mampu menjadikan Cuci sebagai sebuah teater muzikal yang hebat. Bukan mahu memperkecilkan kredibiliti dan usaha Hans untuk merealisasikan impiannya, tetapi sedikit sebanyak keraguan itu wujud untuk melihat sejauh manakah Cuci mampu bertukar menjadi sebuah pementasan yang dibanggakan.


Apatah lagi, kejayaan teater muzikal seperti Puteri Gunung Ledang the Musical, P.Ramlee the Musical dan Impak Maksima the Musical telah meletakkan satu tanda aras yang cukup tinggi dalam penerbitan teater muzikal di negara ini.Sudah pasti kejayaan dua teater muzikal ini sedikit sebanyak akan dijadikan perbandingan untuk Cuci the Musical (CTM) sementelah hampir kesemua tulang belakang pementasan ini pernah terlibat dengan dua teater muzikal mega itu.Lantas apabila diundang untuk menonton CTM di Panggung Sari, Istana Budaya malam Jumaat lalu, penulis pergi dengan minda dan fikiran yang kosong biarpun ada teman yang mengatakan CTM cukup menghiburkan.Sebaik sahaja tirai dibuka, kemunculan empat aktor iaitu Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans sendiri sudah cukup untuk menimbulkan suasana gamat di dalam Panggung Sari.


Ternyata impak dan penangan watak Fairil (Afdlin), C'Tan (AC), Jojo (Awie) dan Khai (Hans) sememangnya cukup besar.Tidak keterlaluan dikatakan watak-watak ini mampu menjadi watak ikonik seperti mana yang pernah dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi watak Bujang Lapok.Jika dilihat secara kasar, CTM sebenarnya sebuah naskhah yang cukup santai dan ringan tetapi di sebalik itu, ia berjaya meninggalkan satu kesan abadi kepada penonton.
Masakan tidak, hampir setiap masa seluruh Panggung Sari digegarkan dengan tepukan gemuruh dan hilai tawa penonton yang tidak henti-henti.


Bukan sekadar skrip dan dialognya yang melucukan dan bersahaja, tetapi pembangunan setiap karakter juga berupaya membuatkan penonton terhibur dan ketawa. segar dan tidak slapstik.Skripnya yang lucu itu juga segar dan tidak slapstik sehingga perlu memaksa penonton ketawa melihat aksi pemainnya.AC Mizal dan Awie misalnya, berjaya membawa watak masing-masing dengan cemerlang dan menampakkan sisi lain mereka sebagai seorang aktor.Mungkin khalayak sudah biasa melihat AC dalam membawakan watak komedi tetapi untuk menonton persembahan Awie di pentas teater buat pertama kali menari serta menyanyi, adalah sesuatu yang cukup menarik.


Watak Jojo yang dilakonkannya cukup menawan hati penonton dan Awie kelihatan sungguh comel di atas pentas sekali gus menghapuskan imej lelaki sasa yang cukup sinonim dengan dirinya. Lebih-lebih lagi, babak romantik dan percintaan di antara Jojo dan Farah (lakonan Adibah Noor) berjaya mencipta keserasian. Malah, tidak mustahil jika selepas ini Awie dan Adibah digandingkan dalam mana-mana filem atau drama kerana mereka sememangnya memiliki ikatan yang cukup kuat untuk bergandingan. Hans sendiri apa kurangnya. Pertama kali menonjolkan bakat nyanyiannya kepada khalayak adalah sesuatu percubaan yang boleh dibanggakan. Usah sesekali membandingkan Hans dengan tiga aktor yang Remove Formatting from selectionmempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian kerana karakter vokal Hans adalah tersendiri.

Ramli Hassan dan Harith Iskander yang membawakan watak Tan Sri dan Wira juga memiliki kelebihan masing-masing. Ramli seperti mana yang diketahui, merupakan seorang yang cukup sinonim di pentas teater lantas menjadikan dia kelihatan begitu gah dalam pementasan ini dengan lontaran vokalnya. Harith juga kelihatan begitu semula jadi dalam membawakan watak antagonis yang bisa membuatkan audiens berasa meluat dan terhibur dalam masa yang sama dengan gelagatnya. Sebagai salah seorang pengarah bersama serta individu yang menjaga elemen humor dalam pementasan ini, Harith memang berjaya membuat penonton ketawa. Entah mengapa, penulis merasakan kesemua pelakon di dalam teater muzikal ini berlakon seolah-olah tidak perlu menghafal skrip dan mencipta dialog mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, kelebihan CTM juga terletak kepada intipati cerita yang menceritakan tentang semangat setiakawan dan persaudaraan selain penerapan elemen 1Malaysia. Dalam erti kata lain, CTM adalah pementasan yang disifatkan begitu dekat dengan penonton negara ini yang mampu mengaitkan dengan keadaan serta situasi yang dialami mereka.

Seperkara lagi yang membuatkan penulis bangga dengan CTM adalah rekaan setnya yang ringkas dan minimum serta tidak perlu berlebih-lebihan untuk melengkapkan lagi
jalan cerita CTM. Itu belum ditambah dengan penggunaan kren yang rasanya pertama kali diperkenalkan dalam mana-mana pementasan teater muzikal di negara ini.
Semuanya semata-mata untuk menggambarkan babak malu tapi mahu antara Khai dan CJ saat meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati mereka. Tidak lengkap sebuah pementasan teater muzikal tanpa iringan muzik dan CTM juga mempamerkan kecemerlangan dari sudut muziknya yang dihasilkan oleh Pacai dan Douglas Lim.

Di sebalik kesempurnaan dan kecemerlangan itu, CTM tidak terlepas daripada cacat-cela dan kelemahan yang dilihat sedikit merencatkan momentum audiens untuk terus menonton teater muzikal ini. Kelemahan ini dapat dilihat dengan ketara pada set yang kedua di mana perjalanan ceritanya dilihat agak meleretleret sehinggakan ada beberapa babak dirasakan tidak perlu untuk dimasukkan. Akibatnya, durasi teater ini telah menjangkau tiga jam yang pastinya agak lama untuk sebuah pementasan teater muzikal kontemporari seperti CTM.

Selain itu, ada beberapa ketika barisan ensemble juga dilihat tidak selari dan pergerakan mereka kurang kemas selain beberapa tarian yang dilihat tidak relevan dengan jalan cerita.
memperbaiki kelemahan Sebagai penerbit, Hans menerima segala kritikan dengan terbuka untuk memperbaiki kelemahan memandangkan ini kali pertama syarikatnya,
Tall Order Productions Sdn. Bhd., menerbitkan teater muzikal.
Tahniah kepada Seluruh Tenaga Produksi CUCI...
Jumpa anda semua di Singapura...
dan musim kedua,,,

Rabu, Disember 9

MAKLUMAN PENTING



Taming Sari Art Production bercadang untuk melaksanakan pementasan teater untuk mengenang jasa Arwah Ikman Abd Jalil atau abg man..Oleh itu sebuah organisasi akan dibentuk untuk membincangkan halatuju projek ini...Kepada warga SMKWM yang ingin terlibat secara langsung sila hubungi saya HAMIZI INDIN di talian 017 3131957 atau emelkan kepada tamingsariartproduction@yahoo.com..
Sebarang cadangan boleh di berikan pada pihak TSAP,dan kami memohon agar projek ini dapat dilaksanakan dengan niat yang murni untuk mengenang segala jasa dan pengorbanan arwah pada warga SMKWM..

kepada warga drama SMKWM yang pernah mengenali arwah,yang pernah berguru dengan beliau sehingga memdapat anugerah Pelakon terbaik,Pengarah terbaik,skrip terbaik,rekaan set terbaik...dan sehingga menjadi insan seni lahir dari inspirasi beliau..Marilah sama-sama kita bergabung idea dan tenaga untuk merealisasikan projek pementasan teater ini...

Terima kasih..

Ahad, Disember 6

Teater Emotif

Teater Kecil Fasa 3 Anjuran ASWARA

TARIKH: 17-18 Disember 2009


1. LOST arahan SHARIFUL AKMA
2. "KELAM ... BU ..." arahan SHAHRUL MIZAD ASHARI
3. B1N2 arahan MARLIA MUSA

TARIKH: 19-20 Disember 2009

1. MARUAH KEMERDEKAAN arahan AHMAD YATIM
2. LOVE YOU FOREVER arahan DR WONG OI MIN
3. BERCERAI KASIH MENOLAK SAYANG arahan ROHANI YUSOF


TEMPAT: Panggung Eksperimen ASWARA
MASA: 8.30 malak
MASUK ATAS SUMBANGAN
(untuk tabung kelab teater)

Khamis, Disember 3

BANGSAWAN SINBAD


SIRI SEMARAK BANGSAWAN
(’Sinbad: Batu Permata Dewa’)
Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur
11-13 Disember 2009
(8.30 - 10.30 p.m)

Siri Semarak Bangsawan "Sinbad:Batu Permata Dewa" akan menemui anda pada
11-13 Disember 2009 di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur jam 8.30pm ...

Databgla beramai-ramai..