SELAMAT DATANG

Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.

RAKAN KARYA

TAMING SARI ART PRODUCTION
INGIN MENCARI RAKAN KARYA
BAGI BERKONGSI IDEA
DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.
PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN
SESIAPA SAHAJA
UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA
BAGI MENJANA IDEA KREATIF
KE ARAH PERSEMBAHAN
YANG MANTAP DAN BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI
017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Rabu, Februari 18

UJI BAKAT

PENGUMUMAN DUA SESI UJIBAKAT

INI PELUANG YANG BAIK KEPADA ANDA YANG BERMINAT MENGASAH
BAKAT DALAM BIDANG TEATER. ADA DUA UJIBAKAT YANG AKAN BERLANGSUNG PADA HUJUNG MINGGU INI:

UJIBAKAT 1
TEATER: MAHSURI
ARAHAN: FAUZIAH NAWI
TARIKH UJIBAKAT: 21 & 22 Februari 2009 (SABTU & AHAD)
TEMPAT UJIBAKAT: ISTANA BUDAYA KUALA LUMPUR
MASA UJIBAKAT: 10 pagi hingga 5 petang
PERSEMBAHAN AKAN DIADAKAN DI ISTANA BUDAYA PADA APRIL 2009.Pelakon yang dicari adalah mereka yang berkebolehan dalam lakonan, nyanyian dan tarian. Latihan akan dimulakan pada Mac 2009.Maklumat lanjut sila hubungi Farah ( 012-6170697 ) atau layari http://fauziahnawi.blogspot.com

UJIBAKAT 2
TEATER: MAK YONG TITIS SAKTI
(Adaptasi daripada karya Shakespeare “A Midsummer's Night Dream”
ARAHAN: NORZIZI ZULKIFLI
TARIKH UJIBAKAT: 21 & 22 Februari 2009 (SABTU & AHAD)
TEMPAT UJIBAKAT: STUDIO 1, KL PAC
MASA UJIBAKAT: Jam 12 tghari - 3 petang
PERSEMBAHAN AKAN DIADAKAN PADA 3-7 JUN 2009 di Pentas 2, KL PAC.Tiada sebarang pengalaman atau persiapan diperlukan. Peserta hanya perlu datang pada waktu ujibakat yang telah tertera. Peserta dinasihatkan hadir berpakaian selesa.
Sila hubungi Ashraf di 03-40479037 pada waktu pejabat sahaja. (10am-6:30pm)
Untuk peta dan maklumat ke klpac, sila lawati www.klpac.org