SELAMAT DATANG

Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.

RAKAN KARYA

TAMING SARI ART PRODUCTION
INGIN MENCARI RAKAN KARYA
BAGI BERKONGSI IDEA
DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.
PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN
SESIAPA SAHAJA
UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA
BAGI MENJANA IDEA KREATIF
KE ARAH PERSEMBAHAN
YANG MANTAP DAN BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI
017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Jumaat, September 26

PEMENTASAN SEPANJANG OKTOBER 2008

TARIKH: 14 & 15 Oktober 2008
TEATER: Mak Yong Raja Tangkai Hati
ARAHAN: Engku Normalareesa Engku Malek & Lena Farida Hussain Chin
ANJURAN: Jabatan Teater, Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris
TEMPAT: Panggung Budaya Fakulti Seni dan Muzik UPSI
MASA: 8.30 malamTIKET: RM5 & RM3



TARIKH: 17 - 19 Oktober 2008
TEATER: Bangsawan Nujum Pak Belalang
ARAHAN: Khusiary Mahayuddin
ANJURAN: Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (RESAM), KeKKWA & DBKL.
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA
Hubungi http://www.resam.blogspot.com/


TARIKH: 24 - 26 Oktober 2008
TEATER: The Birds (komedi Greek dalam bahasa Malaysia)
KARYA: Aristophanes
ARAHAN: Roselina Khir
ANJURAN: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
TEMPAT: Auditorium Muzium Negara Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam (24 & 25) / 2.00 petang (26 hb)
MASUK ADALAH PERCUMA

Isnin, September 15

NOTA DARI SEORANG PENGARAH

Jujur dalam lakonan
oleh : Namron

Setiap pelakon harus percaya dengan apa yang dilakukan adalah benar. Pelakon yang baik akan berjaya membuat penonton percaya dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya. Pelakon tidak harus terlalu mencuba untuk menyakinkan penonton dengan apa yang dilakukan dan diperkatakannya kerana dengan ini ia sudah tidak jujur dengan dirinya sendiri. Pelakon yang gagal berlaku jujur dengan dirinya akan membuatkan penonton rasa tertipu. Bagaimana untuk mendapatkan rasa jujur agar segala perbuatannya kelihatan benar? Pelakon harus percaya dengan dirinya sendiri. Untuk percaya dengan diri sendiri sebenarnya adalah satu pekara yang sukar untuk dilakukan.Sebahagian besar pelakon akan cuba membesar-besarkan gerakannya untuk menyakinkan penonton bahawa dia benar-benar dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh seorang pelakon itu akan berlegar-legar untuk menunjukan yang dia sedang susah hati atau gelisah atau mengerakkan tangannya ke atas dan ke bawah untuk menunjukan dia sedang marah. Tidak salah untuk melakukan perbuatan tersebut tapi apakah perbuatan itu adalah benar dan jujur datang dari dirinya atau sekadar untuk menunjukkan kepada penonton bahawa dia dalam situasi itu. Ada bezanya perbuatan untuk menunjuk dengan perbuatan yang jujur. Perbuatan menunjuk adalah satu penipuan. Seorang yang marah atau sedih tidak akan cuba menunjukan perasaannya kepada orang lain. Sebagai contoh jika saya dalam keadaan marah, saya tiada masa untuk memikirkan untuk menunjukan rasa marah saya pada orang lain. Rasa marah saya datang dari keadaan/sebab yang membuatkan saya marah. Kenapa saya marah? Saya marah kerana saya ditipu dan orang yang menipu saya adalah sahabat yang saya begitu mempercayainya. Saya pernah membantunya ketika dia susah, saya sudah menganggap dia seperti saudara saya dan sekarang dia telah menipu saya. Bila saya ingatkan semula apa yang saya dah buat pada dia dan apa yang dia buat pada saya saya jadi marah. Perasaan marah itu datang kerana saya memikirkan tentangnya bukan kerana saya cuba menunjukan rasa marah saya supaya saya kelihatan marah. Rasa marah itu adalah benar dan jujur. Perbuatan mengerak-gerakkan tangan ke atas dan ke bawah tanpa ada pemikiran dari sebab-sebab yang menyebabkan tangan-tangan itu bergerak bermakna pelakon itu cuba menunjukan rasa marahnya dan bukan benar-benar jujur dengan perasaannya itu.

SELAMAT BERPUASA


Khamis, Julai 31

RAKAN KARYA TAMING SARI


MAKLUMAN

TAMING SARI ART PRODUCTION INGIN MENCARI RAKAN KARYA TAMING SARI BAGI BERKONGSI IDEA DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.PIHAK PENGURUSAN MENGALUA-ALUKAN SESIAPA SAHAJA UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA BAGI MENJANA IDEA KREATIF KE ARAH PERSEMBAHAN YANG MANTAP DAN BERKUALITI.SEBARANG BAYARAN TIDAK DI KENAKAN UNTUK MENJADI AHLI RAKAN KARYA TAMING SARI.
UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI

017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Sabtu, Julai 26

SEJATI

kawan aku pernah cakap. sekarang ni semua lelaki susah nak percaya.
tengok luaran jer sama. tapi dalam hati lain-lain. Di suruhnya ketuk benda itu, benda lain yang diketuknya.
So apakah itu sebenarnya lelaki sejati?
aku terjumpa ni kat MYSPACE. buletin. so nak re-post kat aku nyer blog. sebab tak idea nak tulis apa. so skang nie kan tengah hangat isu sodomi sodomi nie kan...
so apakah itu lelaki sejati?
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabyang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapiliku-liku kehidupan…
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

HIPOKRIT !!

kalau ditanya;"Jenis manusia bagaimanakah yg paling tak digemari?"
Jawapan yg paling tipikal pernah aku dengar adalah:MANUSIA YG HIPOKRIT!
Apa sebenarnya maksud hipokrit nie?yang aku faham, hipokrit nie
bermaksud berpura-pura....depan lain belakang lain.atau lebih mudah talam 2 muka.

Plastik! ye ker? betul ke definisi aku?
pada aku itulah definisi hipokrit.
Aku juga tak suka orang hipokrit
siapa yang suka?Nak bertanya sikit.
Adakah seseorang itu dianggap hipokrit jika dia berpura-pura menjadi orang lain dihadapan rakan-rakannya?
jawapan yang paling kerap aku dengar adalah YA!
tapi bila soalan berikutnya ditanya, jawapan yang lain pula diberikan.
"dia berpura-pura agar orang sekelilingnya senang, bahagia dan tdk kekok. Adakah dia masih dianggap hipokrit?"
persoalan mula timbul?hmmm...dah memang sifat manusia! mudah sangat fleksible...
kalau nak ikutkan, aku tergolong dlm orang hipokrit.
malah super duper hipokrit. bukan nak buka pekung di dada. aku just nak cerita..
aku bukan jenis hipokrit yang tikam dari belakang!
aku jenis hipokrit yang menjadi orang lain dihadapan kawan-kawan...
ada benda yang aku sembunyikan. dari kawan-kawan aku.
malah majoritinya tak tahu akan hal ni. aku jadik org lain depan mereka.
ADAKAH AKU HIPOKRIT?
aku jadik orang lain bukan apa...
nak cuba bagi kebahagian kepada orang lain.
agar mereka lebih selesa dengan aku. Mereka senyum, aku senyum.
Mereka ketawa, aku ketawa. Mereka bahagia, aku merana!

Untuk kebahagian kawan-kawan....nasib-nasib. huhhhh!
aku merasakan dengan aku menyembunyikan nya
aku menjadi manusia yang sangat hipokrit. terlalu hipokrit.
Tapi aku sembunyikan nya dengan tujuan yang baik.
untuk kebahagian mereka.adakah aku masih hipokrit?
aku xtahu apa lagi nak ditulis.
KORANG RASA KORANG HIPOKRIT X?

PEMENTASAN SEPANJANG OGOS 2008

TARIKH: 25 Julai - 2 Ogos 2008
TEATER: Malam 7 Drama 7 Duri
ANJURAN: Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI)
SENARAI PERSEMBAHAN:
1. Singa
2. Nangislah Anak
3. Tukang Sapu
4. Pukul
5. Ayam Sabung
6. Hutanglah
7. Maafkan Aku
TEMPAT: The Store Theatre DBP
MASA: 9.00 malam
TIKET: RM30/ RM15 (Pelajar)
http://akulahrawana.blogspot.com/


TARIKH: 29 Julai - 3 Ogos 2008
TEATER: Teater Muzikal PATRIOT
KARYA: Rahman Adam & Lokman Ghani
ARAHAN: Rahman Adam
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
MASA: 8.30 malam / 3.00 petang (2 Ogos sahaja)
TIKET: RM 30/ Rm 50/ RM 80/ RM100/ RM130/RM180
http://www.istanabudaya.gov.my/


TARIKH: 8-10 Ogos 2008
TEATER: Bangsawan TOK ARAU
ANJURAN: Majlis Kebudayaan Negeri Perlis, DBKL & JKKN
TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL
MASA: 8.30 malam
MASUK PERCUMA


TARIKH: 12 - 18 Ogos 2008
TEATER: Muzikal Ibu Zain
KARYA & ARAHAN: Rosminah Tahir
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
MASA:8.30malam
ticket2u.biz.comhttp://www.istanabudaya.gov.my/http://ibuzain.blogspot.com/


TARIKH: 20 - 24 Ogos 2008 (Rabu - Ahad)
TEATER: Tun Sambanthan Season 2
KARYA & ARAHAN: S.T Bala
TEMPAT: Auditorium Tunku Abdul Rahman MTC, Jalan Ampang Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam (20-24 Ogos) 3.00 petang (23& 24 Ogos)
TIKET: Rm30/ RM20Hotline: 03-4149 8600 h
ttp://ticket2u.biz*Subtitles in Bahasa Malaysia.
Admission is for those aged 12 and above only.

KISAH MUHAMMAD S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.' 'Aku tidak bertanya alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'
Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Rabu, Julai 23

PEMENTASAN SEPANJANG JULAI 2008

TARIKH: 9 - 13 Julai 2008
TEATER: Bukan Dejavu
KARYA: Ismail Kassan
ARAHAN: Siti Rohayah Attan
TEMPAT: Auditorium DBP, Kuala KumpurMASA: 8.30 malamTIKET: RM20 (Pelajar & Warga emas)/ RM 30 & RM 50http://bukandejavu.blogspot.com/


TARIKH: 11-13 Julai 2008
ACARA: KL FRINGE FESTIVAL 2008
SENARAI PERSEMBAHAN TEATER:
1. MYTH (Mencari Yang Telah Hilang) oleh HAMZAH TAHIR
2. Gugurnya Kopiah Putih oleh SHAHRUL FITRI MUSA
3. Gebu Gembira oleh DR ZULKIFLI MOHAMAD
4. Sari Manok Travels oleh FRANCIS TANGLAO
5. YB Jee oleh MARLENNY DEENERWAN
6. TST oleh ARIFWARAN SHAHARUDIN
TEMPAT: The Store Theatre, DBP
MASA: 8.30 malam (Matinee Show 12 & 13 Julai jam 3.00 ptg)
TIKET: RM20 & RM10 (Pelajar)
http://klfringefestival.blogspot.com/



TARIKH: 11-13 Julai 2008ACARA:
Pementasan Bangsawan Raja Bersiong
ANJURAN: JKKN & DBKL dipersembahkan oleh Karyawan N9
TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA



TARIKH: 14-21 Julai 2008
ACARA: Festival Teater Malaysia 2008
Senarai Teater:
1. Hamlet Machine oleh Negeri Sembilan
2. Tunku Kudin oleh Kuala Lumpur
3. Wajah Lumpur oleh Selangor
4. Hamlet oleh Kedah
5. Dilema Baginda Sultan oleh Kelantan
6. Tukang Ensera oleh Sarawak
TEMPAT: Auditorium MTC, Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA



TARIKH: 17 - 19 Julai 2008
TEATER: The Day I Met The Prince (Childrens Theatre)
KARYA: Kuo Pao KunARAHAN: Amy Chew
ANJURAN: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
TEMPAT: The Store Theatre DBPMASA: 8.30 malam
MASUK ADALAH PERCUMA



TARIKH: 25 - 27 Julai 2008
TEATER: Drama Tari PETAKA
ANJURAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
TEMPAT: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
MASA: 8.30 malam



TARIKH: 25 Julai - 2 Ogos 2008
TEATER: Malam 7 Drama 7 Duri
ANJURAN: Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI)
SENARAI TEATER:
1. Singa
2. Nangislah Anak
3. Tukang Sapu
4. Pukul
5. Ayam Sabung
6. Hutanglah
7. Maafkan Aku
TEMPAT: The Store Theatre DBP
MASA: 9.00 malamTIKET: RM30/ RM15 (Pelajar)
http://akulahrawana.blogspot.com




TARIKH: 29 Julai - 3 Ogos 2008
TEATER: Teater Muzikal PATRIOT
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya
Maklumat lanjut http://www.istanabudaya.gov.my/

Selasa, Julai 22

FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2008

Oleh LENNY ERWAN

KEPUTUSAN Festival Teater Malaysia 2008 sudah pun diumumkan. Sarawak dengan Tukang Ensera menang besar, diikuti Selangor (Wajah Lumpur) dan Kedah (Hamlet). Saya rasa semua orang berpuas hati dengan keputusan ini. Ramalan saya pun sebahagian besarnya mengena, terutama jangkaan Pengarah Terbaik dan Juara Festival memang tidak ada lain pilihan saya melainkan Sarawak. Cuma tekaan bagi kategori pelakon tersasar sikit. Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik tidak ada masalah, saya rasa semua orang setuju dengan kemenangan mereka berdua. Cuma saya sangkakan si genit Severina (Sarawak) itu mungkin lebih sesuai memenangi Pelakon Wanita Harapan bagi memberi laluan kepada Ophelia (Hamlet -Kedah) merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Tapi tak kisahlah, itu jangkaan saya sebagai penonton. Juri lebih arif pertimbangannya. Saya okey aja.Kemenangan Sarawak menepati jangkaan kerana persembahan mereka yang bersih dan terkawal. Meskipun pacing cerita agak slow tetapi jalan ceritanya mempunyai paksi yang kukuh dan konsepnya dibentuk rapi. Lebih daripada itu para pelakonnya sangat kuat, interpretasi pengarah jelas dan yang paling memikat hati penonton adalah komitmen mereka mengangkat elemen tradisi dalam persembahan. Perubahan latar meyakinkan dan benar-benar membentuk dua alam yang berbeza, tidak sekali-kali mengelirukan penonton. Cuma sesekali saya mengeluh juga kerana beberapa perbuatan diulang-ulang, tetapi kekuatan watak utamanya menjadikan kita boleh menanti cerita sehingga tamat.Wajah Lumpur oleh Selangor juga adalah persembahan yang mengkagumkan, tetapi dalam sesebuah pertandingan, persembahan realisme harus mencari formula yang SANGAT HEBAT untuk mengatasi markah persembahan yang menggunakan teknik peralihan dua zaman. Apatah lagi peralihan itu berlaku dengan cemerlang seperti yang dilakukan oleh Sarawak. Tetapi rekaan pentas dan sinografi kumpulan Selangor adalah tunjang utama kepada kehebatan persembahan mereka, selain lakonan mantap para pemain. Jadi, syabas kepada Selangor kerana memberi saingan hebat.
Ketika saya menonton Hamlet oleh Kedah, saya suka dengan attitude persembahan ini. Mereka mengetengahkan sikap yang konsisten, di mana pelakon dan pengarah mencapai persetujuan untuk bermain dengan cara yang sama. Tetapi saya kira, pemaknaan kepada naskah ini harus lebih besar daripada sekadar bermain dengan lenggok kata-kata. Mungkin kerja adaptasi harus mengambil tempat dengan lebih serius. Hamlet yang ini kalau tak silap saya adalah terjemahan Indonesia (Trisno Sumardjo), yang mana jiwa dan gaya bahasanya sangat jauh daripada pengalaman dan pemahaman kita. Mungkin inisiatif boleh diambil dengan mengusahakan terjemahan terus Inggeris ke bahasa Malaysia. Saya sudah menulis mengenai perkara ini dalam Berita Harian pada tahun 1999, ketika Faridah Merican mengarahkan naskah yang sama untuk para pelajar ASK di The Actor's Studio ketika itu.
Bagaimanapun saya terharu dengan kesungguhan AKRAB memberikan interpretasi yang bersungguh-sungguh dan menarik terhadap naskah Shakespeare ini. Suntingan terhadap pementasan ini sangat cantik dan kemas. Penggunaan korus sangat efektif dan tidak membazir, malah sebenarnya membantu memadatkan cerita. Walaupun ada something missing - seperti babak Mouse Trap (lakonan semula pembunuhan ayah Hamlet di hadapan Claudius) yang tidak dieksplorasi sepenuhnya serta babak Penggali Kubur (ditiadakan) yang sebenarnya sangat penting dalam pengisahan Hamlet - mungkin juga kerana tragedi Hamlet sukar ditempatkan di alam Melayu, maka ia mengurangkan markah di beberapa bahagian. Menggunakan paten Randai memang menarik tetapi gagal mengadaptasi nama-nama watak dan latar ke budaya yang relevan memunculkan kekeliruan besar. Tetapi sekurang-kurangnya saya lebih suka Hamlet yang ini berbanding Hamlet terakhir yang saya lihat di Actor's Studio dua tahun lalu.Persembahan lain harus diakui walaupun nampak berusaha tetapi masih tidak mencapai standard muncul juara. Tunku Kudin terlalu menumpukan pada aspek teknikal, tetapi pengisian jiwa terhadap watak-watak tidak dibangunkan. Hamletmashine ada pelakon yang bagus tetapi mengendali naskah eksperimen seperti ini bukan saja perlu keberanian dan keinginan, tetapi harus ada pengetahuan dan kebijaksanaan tentang karya dan zaman karya itu ditulis. Pemikiran penulis yang gagal diinterpretasi dengan baik hanya akan menampakkan persembahan yang caca-merba. Manakala kumpulan dari Kelantan dengan Dilema Baginda Sultan dibarisi pelakon muda yang sangat-sangat berbakat, tetapi interpretasi naskah membataskan keupayaan mereka untuk pergi lebih jauh.Tahniah dan syabas kepada semua. Saya mempunyai nostalgia yang sangat manis dalam acara ini kerana saya adalah salah seorang anak seni yang lahir daripada kegiatan Pekan Teater. Ada orang kata teater jangan dipertandingkan kerana ia subjektif. Tetapi kepada saya apa salahnya bertanding? Tidak ada apa yang salah, tetapi yang perlu dibetulkan adalah niat kita. Kalau nak bertanding, tandinglah dengan semangat karyawan dan setiakawan yang tinggi. Saya gembira dengan gabungan persembahan para peserta di malam penutupan. Itulah matlamat festival ini sebenarnya. Yang penting mereka enjoy, ukhwah terjalin dan ada pengalaman manis untuk dikenang selepas tamat festival.
Pada malam kemenangan, trofi dan anugerah menjadi sangat penting dan kita akan terawang-awang sebentar. Tetapi ia bukanlah penting untuk selama-lamanya. Anugerah dan penerimanya silih-berganti, tetapi semangat menghidupkan teater itu yang kekal selama-lamanya