SELAMAT DATANG

Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.

RAKAN KARYA

TAMING SARI ART PRODUCTION
INGIN MENCARI RAKAN KARYA
BAGI BERKONGSI IDEA
DALAM SENI PEMENTASAN
TEATER DAN TARI.
PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN
SESIAPA SAHAJA
UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA
BAGI MENJANA IDEA KREATIF
KE ARAH PERSEMBAHAN
YANG MANTAP DAN BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI
017 313 1957 (MIZI)
012 6441786 (AIN)

Khamis, Oktober 1

Salam Aidilfitri


Maaf Lahir Batin Buat Semua Pembaca
Ahli-ahli TSAP
Hati-hati Memandu
Pulang Ke Kampung
Selamat Bercuti dan Makan-makan!

GAMAT BAKAL MENGGAMATKAN IB




MUZIKAL GAMAT


Kesihatan di dunia makin terancam gara-gara mengabaikan aspek kebersihan yang asas. Di atas kesedaran itulah, Muzikal Gamat cuba memaparkan suka duka kehidupan laut yang dihuni pelbagai hidupan yang terancam akibat perbuatan manusia. Teater ini diinspirasikan daripada idea kolaborasi pelajar Teater Tahun 2, 2006 ASWARA dan diarahkan oleh Zaifri Husin.Cerita difokuskan kepada Ibu Gamat dan Anak Gamat (Mat) dan berlatarkan dasar lautan. Kehidupan laut yang semakin terancam turut menyebabkan Ibu Gamat dan anaknya menjadi buruan kerana khasiat yang dimilikinya. Kurita dan Obor-Obor menjadi watak jahat dimana mereka merancang untuk menangkap Ibu Gamat untuk menyembuhkan penyakit Kurita. Namun, Obor-Obor telah tersalah menangkap Mat yang disangkanya Ibu Gamat. Bermulalah perjalanan Ibu Gamat untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa penjahat. Sepanjang perjalanannya bersama Ikan Buntal (polis laut), pelbagai peristiwa berlaku termasuklah banyak hidupan laut berhadapan dengan penyakit akibat pencemaran. Berjayakan Mat ditemui? Saksikan kesudahan teater yang penuh dengan unsur positif dalam menuju gaya hidup sihat.Apa yang menarik dalam Muzikal Gamat ini, barisan pelakonnya terdiri daripada kanak-kanak yang berusia seawal tiga tahun sehingga 40 tahun. Teater yang ditaja Kementerian Kesihatan ini bakal ditayangkan pada 2 hingga 8 Oktober 2009. Sebarang pertanyaan atau tempahan tiket boleh menghubungi 03-4149 8600 atau 03-4026 5558