Taming Sari Art Production atau (TSAP) telah di tubuhkan pada Julai 2008 dan di daftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).TSAP diasaskan oleh penuntut dan pelajar jurusan pengarahan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mohd Hamizi Indin dan penubuhannya atas dasar kewujudan sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam seni persembahan dengan penumpuan kepada aspek-aspek artistik, pengurusan dan penganjuran bengkel,acara pentas dan produksi seni persembahan.Selain merancang dan melaksanakan kegiatan seni persembahan untuk golongan remaja dan dewasa.
TAMING SARI ART PRODUCTION INGIN MENCARI RAKAN KARYA BAGI BERKONGSI IDEA DALAM SENI PEMENTASAN TEATER DAN TARI. PENGURUSAN TSAP MENGALUA-ALUKAN SESIAPA SAHAJA UNTUK MENYERTAI DAN BEKERJASAMA BAGI MENJANA IDEA KREATIF KE ARAH PERSEMBAHAN YANG MANTAP DAN BERKUALITI. UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI 017 313 1957 (MIZI) 012 6441786 (AIN)
Penuntut jurusan pengarahan teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan,berkebolehan dan sangat mahir dalam bidang pengarahan ,pengurusan pentas ,lakonan dan sinografi...Bercita-cita besar untuk menjadi soerang pengarah yang berjaya dan ingin mengadakan pementasan di pentas bertaraf dunia seperti Istana Budaya.Menjadikan Dato Zahim Al Bakri dan Adlin Aman Ramlie Sebagai sumber kekuatan dan inspirasi dalam bekarya.
Antara teater yang pernah diarahkan ialah Tinggi-tinggi Si Matahari,Ratna Sari,Nur Dalam Cahaya,Ayam Jantan Ayam Betina,Monodrama Cikgu Mizi,Bangsawan Taming Sari dan teater ERTI.
Pernah juga terlibat dengan teater Bangsawan ,Mak Yung,Randai dan Wayang Kulit semasa menuntut di ASWARA.Termasuk juga teater yang di pentaskan di Istana Budaya seperti Puteri Gunung Ledang,P Ramlie The Muzikal,Ali Baba,dan terakhir Cuci The Muzikal.
Walau banyak kali tersungkur,saya tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini.Dari reteten kisah pahit dan pengalaman yang menyakitkan,Taming Sari Art Production menjadi bukti untuk saya melakukan apa yang disukai dan diminati.
Hampir 50 buah produksi telah saya terlibat sebagai crew,pereka,pengurus,pengarah mahupun penerbit sebuah produki secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran...Inilah perjalanan seni saya..meskipun masih jauh perjalanan ini,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan